
Lelaki berusia 41thn, penjual dilaporkan telah memancung isterinya di Edapadi di daerah Salem 'india'. Kemudian dia pergi ke balai polis dengan kepala isteri beliau . Ia telah dilaporkan bahawa tertuduh kerap berlaku pertengkaran dengan isterinya mengesyaki kesetiaan terhadap beliau.tertuduh terlalu marah, dan menyerang isterinya dengan sabit dan memancung kepala isterinya.




JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu
Jiwa Kacau Groups Rabu, Mac 14, 2012 Nadia Fans Malaysia
DENDAM TERHADAP NENEK ADIK NURUL NADIRAH DIBUNUH | BERITA
Posted by New Nadia Fans on Rabu, 14 Mac 2012
Salam sejahtera... Tak dapat nak dibayangkan pembunuh kejam adik Nurul Nadhirah punya hati yang macam mana? Hanya kerana RM30 000, sanggup membunuh seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang tidak berdosa selepas itu dibakar hingga rentung.
Ibu Nurul Nadirah, Roselyn sebelum ini melaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Nurul Nadirah ataupun nama manjanya, Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30 000. Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.
| SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam. |
MANILA - Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam.
Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh.
"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes.
Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan.
Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.
Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.
Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS.
Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi.
Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.
Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.
"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.
Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.
Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. - Agensi
Jiwa Kacau Groups
Jumaat, Februari 03, 2012
Nadia Fans
MalaysiaGEORGETOWN: Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Zahruddin Abdullah berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.
Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.
Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.
Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.
"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini.
Zahruddin berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. -- BERNAMA
Syabu dalam botol garam laut
ZAINUL ABIDIN (tengah) menunjukkan botol garam laut yang mengandungi syabu pada sidang akhbar di Sepang, Selangor semalam.
SEPANG – Satu sindiket pengedaran dadah kini beralih arah apabila didapati menyembunyikan syabu di dalam botol barangan kosmetik berasaskan garam laut untuk diseludup ke negara ini melalui udara dari Almaty, Kazakhstan.
Rahsia itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan dua lelaki yang merupakan warga Kazakhstan serta Iran berusia 24 dan 30 tahun bersama syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 pada pukul 8 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, sebaik melalui mesin pengimbas, anggotanya melihat sesuatu yang mencurigakan apabila ternampak empat botol garam laut dan satu peket mengandungi serbuk kristal putih disembunyikan di dalam sebuah beg.
Jiwa Kacau Groups
Selasa, Januari 17, 2012
Nadia Fans
Malaysia
Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM
| inilah blog yang menyiarkan ugutan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Perdana Menteri. |
PULAU PINANG 15 Jan. - Polis menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.
Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut 'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' [Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya].
Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
"Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah
Jiwa Kacau Groups
Isnin, Januari 16, 2012
Nadia Fans
Malaysia| SEORANG lelaki terbaring selepas terkena serpihan bahan letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu. |
KUALA LUMPUR - Polis menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat berhubung tiga kejadian letupan yang berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran berupa wang tunai itu akan diberikan kepada pemberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya suspek kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya jerangkap rekaan elektrik yang diletakkan di dalam kon itu dilakukan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran membuat bahan letupan.
Jelas beliau, jerangkap yang terdiri daripada jam penggera, bateri dan paip polivinil klorida (PVC) itu disyaki diletakkan bagi menimbulkan huru-hara pengunjung perhimpunan Bebas Anwar 901.
"Setakat ini, belum ada keterangan dan tangkapan berhubung kejadian letupan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Justeru itu, beliau meminta peniaga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jerangkap itu agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci.
"Kita mendapati jam penggera yang digunakan itu pelbagai warna dengan bahagian belakangnya berwarna merah, manakala kon yang digunakan pula kualitinya lebih rendah disyaki dicuri atau diambil di lokasi lain dan diletakkan di kawasan letupan tesebut," katanya.
HTML Comment Box is loading comments...
Jiwa Kacau Groups Jumaat, Januari 13, 2012 Nadia Fans Malaysia
AMPANG: “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.
“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
BERSELERAK...Wardina dan Ikhwan menunjukkan barang-barang milik mereka yang digeledah penyamun. |
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur
HTML Comment Box is loading comments...
Jiwa Kacau Groups Jumaat, Januari 13, 2012 Nadia Fans Malaysia




