MasyaAllah! Itu yang terkeluar daripada mulut apabila menyaksikan video eksiden di CIQ JB yang melibatkan Polis Trafik mati di tempat kejadian. Kejadian berlaku di Custom & Immigration Quarantine Complex ( Bangunan Sultan Iskandar ) – CIQ Johor Bahru atau Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada 23 Mac lepas.
Video Youtube 46 saat ‘Accident At CIQ JB’ ini memaparkan sebuah bas telah melanggar dua orang anggota polis trafik dan seterusnya melanggar sebuah lori. Apa yang kami terima daripada sumber, anggota Polis Trarik yang mula-mula dilanggar mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera ringan.
Video kemalangan di CIQ JB nie jugak menunjukkan betapa lajunya bas ini sehingga tidak dapat mengawal keadaan bas selepas melanggar dua orang anggota Polis Trafik tersebut. Lori yang dilanggar bas pun berpusing-pusing, apatah lagi orang???
Siapa yang bersalah? Dah tentu Polis yang bersalah untuk jawapan yang anti Polis atau anti PDRM. Sebaliknya? Polis yang tengah bertugas dan menggadaikan nyawa, betul-betul dah tergadai dan tiada siapa yang ambil peduli.
Apa yang mampu kita lakukan, hanyalah sedekahkan sekalung Al-Fatihah kepada arwah yang terkorban dan takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah…
Thanks for reading & sharing New Nadia Fans
0 ulasan:
Catat Ulasan