UTAMA » » PONDAN BOGEL DI LEBUH RAYA DUKE MENGGEMPARKAN ORANG RAMAI | BERITA

PONDAN BOGEL DI LEBUH RAYA DUKE MENGGEMPARKAN ORANG RAMAI | BERITA

Posted by New Nadia Fans on Isnin, 19 Mac 2012


Gambar pondan bogel di lebuh raya gemparkan orang ramai

Pada mulanya, Anuar Borohan, 40 seorang petugas bilik kawalan trafik Duke menyangka dia melihat seorang wanita berambut panjang sedang berbogel di atas jalan raya melalui rakaman CCTV. Namun selepas diamati, ‘wanita’ itu rupanya seorang lelaki. Kejadian itu telah menggemparkan pengguna lebuh raya berkenaan.
Menurut Harian Metro, dia cuba memujuk pondan berkenaan keluar dari lebuh raya namun ditumbuk tiga kali hingga bibir berdarah.

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.
Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.
“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.
“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.
Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.
“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.
“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.
Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.


Thanks for reading & sharing New Nadia Fans

Previous
« Prev Post

0 ulasan:

Catat Ulasan