seluruh umat Islam akan menyambut keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Seperti lazimnya, pelbagai aktiviti telah pun dirancang bagi mengingati kelahiran Rasulullah S.A.W. Bermula daripada bacaan Selawat, kuliah di masjid mahupun karnival, konsert juga turut dianjurkan sebagai tanda kasih dan cinta kita terhadap Baginda.
Dunia seni tanah air juga tidak terkecuali menjadi wadah pembangunan unsur kerohanian dalam kalangan umat Islam. Sesungguhnya, interpretasi seni sebagai wahana Islamiah juga merupakan suatu dakwah. Tidak adil sekiranya dikatakan dunia hiburan tanah air kita seringkali dikaitkan dengan budaya hedonisme terlampau kerana pada akar umbinya, seni itu indah.
Rasulullah S.A.W juga suatu ketika dahulu pernah membawa Aisyah melihat persembahan tarian Habsyah. Sungguhpun begitu, baginda tetap menjaga peri laku dan adab baginda selaku seorang Muslim. Justeru, Islam tidak pernah menghalang kita dari mempersembah sesuatu seni. Seandainya seni itu mampu membawa ke arah kebaikan, maka ia seharusnya dijadikan batu loncatan menyebarkan kandungan Islam yang sememangnya indah.
Kewujudan kumpulan nasyid di Malaysia menjadi titik tolak perkembangan seni Islamiah ini. Lagu-lagu yang berunsur ketuhanan mengajak sekalian umat ke arah kebaikan. Sebut sahaja Raihan, Rabbani, Hijjaz, Mirwana dan beberapa kumpulan lagi pastinya memberi gambaran betapa dunia hiburan tanah air tidak pernah lekang dengan unsur dakwah sebegini.
Album Puji-Pujian oleh Raihan misalnya pernah mencatat rekod penjualan sebanyak 700,000 pada awal kemunculan kumpulan nasyid tesebut. GUA juga masih ingat yang ketika itu, medium kaset menjadi pilihan pendengar yang suka akan alunan ketuhanan kumpulan tersebut. Berkonsepkan pengajaran dan keinsafan, lagu-lagu nasyid terus mendapat tempat di hati peminat.
Sudirman Haji Arshad, lagenda penghibur tanah air juga layak diangkat menjadi salah seorang penyebar dakwah Islamiah menerusi seni. Lagu-lagu yang dinyanyikan beliau hampir kesemuanya berunsurkan nasihat dan kebaikan. Masih ingatkah anda, alunan penuh syahdu beliau ketika menyanyikan lagu Ayah dan Ibu di mana adab kepada ibu dan bapa diangkat menjadi tema keseluruhan lagu tersebut? Bait-bait lirik lagu Anak Dagang, “Jaga tutur kata, jaga peribahasa, jangan selalu meninggi diri” cukup menjelaskan konsep pergaulan dalam Islam di mana tutur dan kata yang sopan amat dituntut dan tiada pernah digalakkan untuk kita memandang rendah akan orang lain.
Karya berunsur Islam juga bukan sahaja diterima secara terbuka oleh penonton malahan mendapat pengiktirafan selayaknya di anugerah-anugerah utama negara. Anugerah Skrin 2010 misalnya menobatkan drama Antara Garisan sebagai drama terbaik. Pengarah prolifik yang tidak asing lagi iaitu Rashid Sibir juga seringkali tampil dengan drama yang berunsurkan keislaman. Karya seperti Wali dan Quran Buruk menjadi saksi olahan penuh kreatif oleh pengarah ini.
Fenomena yang sama berlaku di negara serumpun kita, Indonesia di mana kebanyakan filem mahupun drama mereka ditunjangi unsur-unsur Islamiah. Sekadar menyebut beberapa karya antaranya Perempuan Berkalung Sorban, Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, filem-filem ini berjaya menyentuh sanubari penonton melalui perjalanan cerita yang penuh dengan pengajaran.
Penghasilan program televisyen berunsurkan Islam juga merupakan antara langkah proaktif dalam penyebaran dakwah Islamiah. Dengan adanya saluran yang khusus untuk kandungan Islamik, potensi serta masa depan program sebegini lebih terjamin dan penonton mempunyai medium untuk menonton program sebegini. Dari kemunculan Astro Oasis, TV9 sehinggalah lahirnya TV Al-Hijrah, saluran-saluran ini berupaya melontarkan idea Islamik dalam gaya mereka tersendiri.
Album Puji-Pujian oleh Raihan misalnya pernah mencatat rekod penjualan sebanyak 700,000 pada awal kemunculan kumpulan nasyid tesebut. GUA juga masih ingat yang ketika itu, medium kaset menjadi pilihan pendengar yang suka akan alunan ketuhanan kumpulan tersebut. Berkonsepkan pengajaran dan keinsafan, lagu-lagu nasyid terus mendapat tempat di hati peminat.
Sudirman Haji Arshad, lagenda penghibur tanah air juga layak diangkat menjadi salah seorang penyebar dakwah Islamiah menerusi seni. Lagu-lagu yang dinyanyikan beliau hampir kesemuanya berunsurkan nasihat dan kebaikan. Masih ingatkah anda, alunan penuh syahdu beliau ketika menyanyikan lagu Ayah dan Ibu di mana adab kepada ibu dan bapa diangkat menjadi tema keseluruhan lagu tersebut? Bait-bait lirik lagu Anak Dagang, “Jaga tutur kata, jaga peribahasa, jangan selalu meninggi diri” cukup menjelaskan konsep pergaulan dalam Islam di mana tutur dan kata yang sopan amat dituntut dan tiada pernah digalakkan untuk kita memandang rendah akan orang lain.
Ramli Sarip, satu nama gah dalam industri hiburan tanah air juga menyuntik elemen-elemen ketuhanan ke dalam karya beliau. Lagu seperti Kau Yang Satu dan Bukan Kerna Nama mempunyai maksud yang begitu mendalam. Jika diamati secara halus lagi, lagu-lagu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tidak mustahil jika dihayati melodi dan puitis liriknya, pendengar mampu mengalirkan air mata mengenangkan kebesaran Illahi selaku pentadbir alam.
Komposer terkenal yang baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, Datuk M Nasir turut sama menghasilkan karya yang juga mengajak ke arah kebaikan. Tanya Sama Itu Hud Hud dan Di Jalan Sesat merupakan antara lagu beliau yang mengolah cerita berunsurkan ketuhanan ke dalam lirik lagu tersebut. Satu rangkap yang terdapat pada lagu ‘Di Jalan Sesat’, “Sedang Tuhan di mana-mana,melihat semua dosa, dalam serata usia” memberi peringatan akan setiap dari kita tidak akan terlepas dari pengamatan Allah dan tiada terkecuali yang kecil, besar, tua atau muda. Kebiasaannya, karya nukilan beliau perlu diteliti dan difahami dengan lebih mendalam dek maksud yang cukup tersirat di sebalik setiap dari karya beliau.
Penyanyi antarabangsa, Maher Zain mencipta fenomena yang tersendiri apabila lagu nyanyian beliau mendapat tempat dalam hati peminat muzik di seluruh dunia. Alunan lunak beliau dalam karya ‘Insya-Allah’, ‘For The Rest of My Life’ dan ‘Barakallah’ menjadi fenomena sehinggakan diterjemah ke pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Melayu. Penyanyi kelahiran Lubnan ini membuktikan dalam kehangatan dunia hiburan global yang sering sahaja dilihat mengangkat naskhah barat sebagai pilihan, lagu-lagu dakwah juga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi serta bersaing secara kompetitif dengan yang lain.
Penyanyi nombor satu negara juga tidak terkecuali. Dato’ Siti Nurhaliza berani mengenengahkan konsep lagu dakwah dalam penghasilan album beliau yang berjudul Tahajjud Cinta. Beliau berjaya mengubah persepsi masyarakat bahawa dakwah dalam lagu itu tidak semestinya dizahirkan melalui genre nasyid sahaja. Buktinya, album tersebut berjaya menjadi hits dan lagu-lagu seperti Tahajjud Cinta dan Pintu Rindu menjadi siulan anak muda.
Dalam bidang lakonan mahupun teater pula, Islam seringkali ditampilkan melalui pengkisahan penuh teliti dalam memberi impak terhadap penonton. Kupasan isu Islam diperhalusi demi memberi pemahaman kepada penonton bahawa Islam itu sebenarnya mudah. Pengarah wanita tersohor, Erma Fatima misalnya berjaya membawa emosi penonton dalam beberapa siri teater antaranya Sirah Junjungan. Rasa cinta terhadap Baginda S.A.W digambarkan melalui penghayatan dan skrip yang cukup berkesan oleh para pemain teater tersebut.
Fenomena yang sama berlaku di negara serumpun kita, Indonesia di mana kebanyakan filem mahupun drama mereka ditunjangi unsur-unsur Islamiah. Sekadar menyebut beberapa karya antaranya Perempuan Berkalung Sorban, Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, filem-filem ini berjaya menyentuh sanubari penonton melalui perjalanan cerita yang penuh dengan pengajaran.
Penghasilan program televisyen berunsurkan Islam juga merupakan antara langkah proaktif dalam penyebaran dakwah Islamiah. Dengan adanya saluran yang khusus untuk kandungan Islamik, potensi serta masa depan program sebegini lebih terjamin dan penonton mempunyai medium untuk menonton program sebegini. Dari kemunculan Astro Oasis, TV9 sehinggalah lahirnya TV Al-Hijrah, saluran-saluran ini berupaya melontarkan idea Islamik dalam gaya mereka tersendiri.
Dunia penyiaran kita melangkah satu tapak ke hadapan dengan terhasilnya beberapa program seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Akademi Al-Quran dan banyak lagi. Perubahan yang dilakukan stesen televisyen tanah air ini sewajarnya diberikan pujian atas usaha yang cukup murni dalam memartabatkan unsur Islamiah. Lebih manis lagi, program-program sebegini turut mendapat liputan dan penghargaan dari media antarabangsa sehinggakan kita diiktiraf oleh mereka.
Berkat kemajuan teknologi hari ini, seharusnya kecanggihan ini diguna pakai dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah itu. Bukan sahaja mengutamakan nilai komersial sesuatu karya, tanggungjawab sosial juga perlu dilaksana sebaik mungkin. Kewujudan media baru sebagai alternatif kepada media terdahulu memberi peluang kepada insan-insan seni kita untuk terus berkarya. Tambahan pula, media baru kini lebih mudah diterima dan diakses secara terbuka berbanding penggunaan media tradisional
Tuntasnya, peranan media mahupun bidang penyiaran dalam menjadi medium penyebaran dakwah Islamiah tidak perlu dipertikai lagi. Tidak kira menggunakan medium apa sekalipun, setiap dari kita seharusnya sedar akan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. GUA mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua pembaca GUA yang beragama Islam dan semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Insya-Allah!
Thanks for reading & sharing New Nadia Fans
0 ulasan:
Catat Ulasan