UTAMA » » KENALI SI DIA

KENALI SI DIA

Posted by New Nadia Fans on Jumaat, 24 Februari 2012


Kenali Si Dia
Perempuan membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap manakala lelaki membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan secara bersama. Oleh itu, lelaki perlu banyak bercakap dengan bakal pasangan mereka dan perempuan perlu lakukan aktiviti secara bersama dengan bakal kekasihnya.

Kenali dirinya

Sebelum benar-benar bertekad memilih dia menjadi buah hati kita, pastikan kita mengenali sedikit sebanyak siapa dirinya dahulu. Manalah tahu, takut tidak sesuai pula. Kalau boleh tanyalah berkaitan dengan dirinya bermula dengan perkara yang umum sebelum bertanyakan per-kara yang peribadi. Kalau kita terus sahaja bertanyakan hal-hal peribadi, ini mungkin membuatkan dia terkejut dan berasa tidak selesa dengan soalan yang diajukan.

Tanya soalan mudah

Cuba tanya soalan-soalan yang ringkas tanpa menyuruh dia berkerut dahi menjawabnya. Perlu diingatkan, perempuan membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap. Manakala lelaki membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan bersama. Jadi, bagi menarik perhatian perempuan, lelaki perlu banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi menarik perhatian lelaki pula, perempuan perlu melakukan aktiviti secara bersama. Sebelum benar-benar rapat, perempuan perlu elakkan diri daripada bertanya perasaan bakal pasangan mengenai suatu perkara, peristiwa ataupun situasi. Contoh-contoh soalan yang boleh kita tanya adalah:

Anak ke berapa? 
Mungkin bagi dia soalan ini biasa sahaja tetapi sebenarnya kita boleh mengetahui sifat dan personalitinya melalui urutan kedudukannya dalam bilangan adik-beradik. Setiap urutan kedudukan itu membawa personaliti tersendiri. Contohnya, jika dia anak sulung, dia mempunyai prinsip tersendiri serta tetap dengan pendiriannya. Perbincangan ini akan dikupas lebih lanjut dalam bab lima.

Kerja apa?

Tanyalah dia di mana dia bekerja sekarang. Mungkin ini memudahkan kita berjumpa dengannya kelak. Kalau kita hendak mengetahui aktivitinya seharian, boleh juga kita melawatnya di tempat kerja. Katakan yang kita ingin berjalan-jalan di situ dan berjumpa rakan kita yang lain.

Siapa ahli keluarganya?

Jangan lupa kenali siapa ahli keluarganya, jumlah adik beradik, bilangan adik-beradik lelaki, bilangan adik-beradik perempuan serta sifat dan personaliti mereka. Ini membantu kita mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Apabila sudah mengenalinya dengan lebih rapat dan maklumat dirinya juga sudah bertambah, barulah timbul keyakinan dalam diri bagi meneruskan perancangan yang diatur.

Tinggal di mana?

Cuba tanya di mana rumahnya. Kalau boleh, minta sekali alamat rumahnya. Ini penting supaya dapat memudahkan kita meng-hantar surat, hadiah, kad ucapan salam perkenalan dan sebagainya yang dirasakan perlu bagi merapat-kan lagi hubungan persahabatan dengannya. Satu ataupun dua hari selepas perkenalan kita dengan dia, hantarlah kad ucapan salam perkenalan dan nyatakan di dalam kad itu yang dia adalah individu yang begitu ceria dan mesra dan kita belum pernah berjumpa lagi dengan orang sepertinya. Pasti dia menghargai diri kita yang memujinya. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik kita kepadanya. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. Paling penting adalah keikhlasan semasa memujinya. Jangan berlebih-lebihan dan keterlaluan. Apabila kita didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

Thanks for reading & sharing New Nadia Fans

Previous
« Prev Post

0 ulasan:

Catat Ulasan