UTAMA » » PANDUAN CINTA | TIPS

PANDUAN CINTA | TIPS

Posted by New Nadia Fans on Sabtu, 28 Januari 2012



Risau Kerana Awak Masih Single Sedangkan Kawan-Kawan Awak Sudah Mempunyai Teman Lelaki?


 

Jangan Risau Kerana Hari Ini Saya Akan Mendedahkan Kepada Awak Satu Rahsia Bagaimana Ingin Menawan Hati Dan Perasaan Lelaki Idaman Awak Sekarang Juga!



Kenapa Wanita Lain Sudah Mempunyai Teman Lelaki... Dan Awak Masih Single?


Kini Awak Tidak Perlu Keseorangan Lagi. Awak Boleh Belajar Bagaimana Untuk Menawan Hati Dan Perasaan Lelaki Idaman Awak Sekarang Juga!





Salam, kali ini geng jiwa kacau nak beri tips atau panduan cinta

Cuba awak lihat di sekeliling awak sekarang, dan perhatikan wanita-wanita lain. Awak akan lihat wanita-wanita lain yang rata-ratanya tidaklah menarik, sudah lanjut usia, taklah cantik sangat, tidak berpelajaran dan agak tidak berjaya. Jauh bezanya dengan diri awak yang lebih menarik, muda, cantik, berpelajaran dan berjaya. Namun, sebahagian daripada mereka mempunyai lelaki yang sudi menemani mereka seumur hidup!

Mungkin awak merasakan mereka ini tidak menarik di mata lelaki tetapi hakikatnya mereka sudah mempunyai teman lelaki malah berkahwin! Kenapa mereka mempunyai seorang lelaki yang sanggup berkorban segalanya sedangkan awak masih lagi keseorangan tanpa teman?

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?


Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

  • "Bila awak nak cari teman lelaki?"
  • "Bila awak nak kahwin?"
  • "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...


Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaituawak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku keranatiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang awak perlu tahu...


Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah... ...


                 strategi cinta

  • Apakah sebenarnya cinta sehingga ramai manusia dahagakannya dan hebatkah cintasehingga ramai orang rebah tanpannya?
  • Mendedahkan 4 rahsia besar yang jarang pasangan bahagia dedahkan untuk mencari cinta sejati sehingga ke akhir hayat!
  • Awak juga akan menyelami dan memahami lelaki yang bakal menjadi teman hidup awak dari segi naluri, kehendak, emosi dan perwatakkan!
  • Apakah pakaian dan penampilan yang sangat sangat disukai oleh lelaki yang sebelum ini awak langsung tidak mengetahuinya! Supaya awak tidak kelihatan seperti Ugly Betty!
  • Awak juga akan didedahkan dengan beberapa tempat yang sangat mudah untuk awak menemui bakal teman lelaki awak!
dan banyak lagi!

Panduan Cinta sesuai untuk sesiapa yang serius dalam mencari pasangan supaya bahagia bersama. Tersenyum, bergurau- senda, gelak bersama dan tenungan yang membuatkan hati awak membara dengan kehangatan cinta. Bukankah itu adalah idaman setiap insan bergelar wanita?

Bagaimana Ingin Berjaya Menawan Hati Lelaki?


Pertamanya, izinkan geng jiwa kacau ceritakan mengenai diri saya...

Saya hanya seorang insan biasa yang juga punya hati dan perasaan. Sama jua seperti mana-mana lelaki lain. Sebelum ini saya pernah berkenalan dengan ramai perempuan, ada hubungan yang tidak menjadi dan yang menjadi pula tidak berkekalan lama.

Akhirnya hati saya telah dikunci oleh teman wanita saya yang terakhir sekali dan ianya berkekalan sehingga ke hari ini. Saya hairan bagaimana dia dapat mengunci hati saya dan membuat saya nekad untuk bersamanya hingga ke akhirnya.

Setelah beberapa lama, barulah saya faham bagaimana dia telah berjaya menawan hati saya oleh kerana satu rahsia. Kenapa ramai wanita yang entah apa-apa diluar sana mendapat lelaki yang bagus dan kenapa pula wanita yang memberikan cinta sejati sering tidak di hargai oleh lelaki?


Rahsia memikat lelaki terbongkar...


Adakah salah lelaki? Jangan cepat menghukum, tetapi hakikatnya wanita yang entah apa-apa di luar sana berjaya memperolehi lelaki yang bagus kerana mereka berjaya membuat lelaki tersebut percaya bahawa dia adalah wanita yang hebat dan berjaya membuatkan seseorang lelaki tersebut sangat bertuah jika mendapat mereka!

Itulah rahsianya yang akan didedahkan lebih lanjut di dalam Panduan Cinta Untuk Wanita ini. Jika awak ingin mengetahui rahsia untuk menawan lelaki idaman awak, inilah masanya.

Thanks for reading & sharing New Nadia Fans

Previous
« Prev Post

0 ulasan:

Catat Ulasan