PM buka Facebook bahasa Cina
KUALA LUMPUR - Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baharu dan nama beliau ialah 'Ah Jib Gor'.
Ia merupakan facebook baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.
Ah Jib Gor yang bermaksud 'Abang Najib' dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai Perdana Menteri semata-mata.
"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online kelmarin (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee.
Beliau berkata, Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.
huhuhu cayalah najibThanks for reading & sharing New Nadia Fans
0 ulasan:
Catat Ulasan